Hukum Menggerakan Jari Telunjuk Ketika Tasyahud
Selasa, Januari 23
Add Comment
ULAMA
BERSEPAKAT BAHAWA MENGGERAKKAN JARI SEMASA TASYAHHUD TIDAK WAJIB
Ulama
berselisih pendapat terhadap ADAKAH DISUNATKAN PERKARA INI kepada DUA PENDAPAT:
PENDAPAT
PERTAMA: Tidak disunatkan menggerakkan jari semasa tasyahhud. Ini adalah
pendapat utama dalam mazhab SYafie, Hambali dan Maliki.
MAZHAB
SYAFIE:
Imam nawawi
telah menerangkan dalam kitabnya 301/3 al-Majmu:
"Pendapat
Sahih oleh kebanyakan ulama syafie ialah tidak sunat menggerakkan jari dan
tidak batal sekiranya menggerakkan jari kerana ia adalah amalan sedikit."
Dalam kitab
mazhab al-Fiqh ala mazahibil arbaah disebut:
الشافعية قالوا: يشير المصلي بالسبابة
عند قوله: إلا الله، ويديم رفعها بلا تحريك إلى القيام في التشهد الأول، والسلام في
التشهد الأخير، ناظرا إلى السبابة في جميع ذلك.
Ulama syafie
berkata : Orang yang solat menunjukkanjari tulunjuknya semasa perkataan : إلا الله dan sentiasa
mengangkatnya sehingga bangun pada tasyahhud pertama dan sehingga salam pada
tasyahhud akhir sambil memandang ke jari telunjukknya disepanjang mengangkat
jari itu.”
MAZHAB
HAMBALI:
Disebut
dalam kitab Mughni bahwa tidak sunat menggerakkan jari dan juga dalam kitab
fiqh ala mazahibil arbiah:
ويشير بسبابته في تشهده ودعائه عند ذكر
لفظ الجلالة، ولا يحركها.
“Menunjukkan
jarinya dalam tasyahhud dan doanya semasa menyebut nama Allah dan tidak
menggerakkannya.”
MAZHAB
HANAFI
Disebut
dalam kitab addurrul Mukhtar:
والمعتمد أنه يشير بسبابة يده اليمنى
عند الشهادة يرفعها عند نفي الألوهية عما سوى الله تعالى بقوله (لا إله) ويضعها عند
إثبات الألوهية لله وحده بقوله (إلا الله)
Pendapat
muktamad adalah memberi isyarat dgn telunjuk jari kanan semasa mengucap dengan
mengangkatnya semasa menafikan ketuhanan selain allah iaitu ketika (la ilaha )
dan meletakkannya semasa menetapkan ketuhanan hanya pada Allah iaitu ketika
(illallah )
DALIL MEREKA
HADIS 989
RIWAYAT ABU DAUD DAN NASAIE (NO 1194) DENGAN SANAD SAHIH:
ABDULLAH BIN
ZUBAIR BERKATA:
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يشير
بأصبعه إذا دعا ولا يحركها
“Sesungguhnya
Nabi saw menunjukkan isyarat dgn jarinya (semasa tasyahhud) dan tidak
menggerakkan jari itu.”
Imam nawawi
mengatakannya sahih dan juga Syuaib al-Arnaut ketika mentahqiq hadis ini.
PENDAPAT
KEDUA: DISUNATKAN MENGGERAKKAN JARI SEMASA TASYAHHUD.
INI ADALAH
PENDAPAT MAZHAB MALIKI, ULAMA SAUDI DAN SEBAHAGIAN ULAMA MAZHAB SYAFIE SEPERTI
SYEIKH ABU HAMID, AL-ALBANDANIJI DAN ABUT TAIYYIB.
DISEBUT
DALAM KITAB SYARAH SAGIR (MALIKI):
“Dan
disunatkan sentiasa menggerakkan telunjuk dengan gerakan sederhana dari awal
tasyahud sehingga akhir kekanan dan kekiri bukannya keatas dan kebawah.”
DALIL MEREKA
Hadis
riwayat Ahmad, Nasaie (1192) dan Abu daud dari sahabat وائل بن حجر ra berkata dalam sifat solat Nabi saw:
ثم رفع إصبعه فرأيته يحركها يدعو بها.
“Kemudian
baginda mengangkat jarinya dan aku melihat baginda saw menggerakkannya dan
berdoa dengannya.”
Imam baihaqi
berkata :
يحتمل أن يكون مراده بالتحريك الإشارة
بها لا تكرار تحريكها، حتى لا يعارض حديث ابن الزبير
“Mungkin
maksud kpd gerak ialah mengisyaratkannya dan bukan mengulangi gerakan supaya
tidak bercanggah dgn hadis ibnu Zubair.
Syuaib
al-Arnaut berkata:
Hadis ini
walaupun sahih tetapi lafaz “ maka aku melihat nabi saw menggerakkannya dan
berdoa dgnnya” adalah lafaz yg syaz yg hanya disebut oleh Zaidah bin Qudamah
tanpa disebut oleh anak murid asim bin kalib iaitu sufyan bin uyaynah, Khalid
alwasiti , sufyan asthauri dan lain2.
KESIMPULAN
KEDUA2NYA
ADALAH PENDAPAT ULAMA DAN MEMPUNYAI DALIL YG KUKUH . OLEH ITU KITA TIDAK BOLEH
MERENDAHKAN MANA2 PENDAPAT. SAYA MEMILIH PENDAPAT PERTAMA IAITU JUMHUR ULAMA.
0 Response to "Hukum Menggerakan Jari Telunjuk Ketika Tasyahud"
Posting Komentar
Silahkan untuk memberikan komentar, dan berilah kami kritik, saran dan kesan.