-->

Kasyful Kiram Fi Bayani Niyati Takbirotil Ihram

Ksyful Kiram

Kitab Kashful Kiram fi Bayan Niat Takbiratil Ihram (كشف الكرام في بيان نية تكبيرة الإحرام) adalah sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i yang disusun dalam bahasa Melayu (Jawi) oleh Syeikh Muhammad Zain bin al-Faqih Jalaluddin al-Asyi, seorang ulama terkenal  dari Acheh, Indonesia.

Kitab ini membincangkan tentang masalah niat ketika takbiratul ihram yang sering menjadi perselisihan di dalam masyarakat ketika itu. Hal ini nampak jelas dengan pengakuan Syeikh sendiri dalam muqaddimah kitab beliau dengan katanya :

Setelah aku lihat akan beberapa manusia bersalah-salahan mereka itu pada niat tatkala takbiratul ihram maka aku kehendaki bahawa aku perusaha satu kitab yang kecil pada menguraikan maksud dan aku namai akan dia ‘Kashful Kiram pada menyatakan niat takbiratul ihram’ [Kashful Kiram, hal. 2].

Maka dengan penyusunan kitab ini dapat memberi kefahaman kepada masyarakat tentang tuntutan sebenar niat ketika takbiratul ihram dan hukum hakam yang berkaitan dengannya.

Yang Ingin Memproleh Kitab ini dalam bentuk Pdf bisa dibuka Download Kasyful Kiram Fi Bayani Niyati Takbirotil Ihram 

Print Friendly and PDF

1 Response to "Kasyful Kiram Fi Bayani Niyati Takbirotil Ihram"

  1. Ijin douwnload kitab kasyful kirom.jazakumullohu khairan katsira

    BalasHapus

Silahkan untuk memberikan komentar, dan berilah kami kritik, saran dan kesan.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel