Kitab Mu'nis al-Jalis bi Syarh al-Yaqut al-Nafis


Kitab Mu'nis al-Jalis bi Syarh al-Yaqut al-Nafis  (مؤنس الجليس بشرح الياقوت النفيس) adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh Syaikh Abu Hamzah Mustafa bin Ahmad bin Abdul Nabiy al-Syafi'i.

Syaikh Mustafa menyusun kitab ini sebagai huraian (syarah) bagi kitab al-Yaqut al-Nafis fi Mazhab Ibn Idris (الياقوت النفيس في مذهب ابن إدريس), iaitu sebuah karya al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad bin ‘Umar al-Syathiri (1312-1360H), seorang ulama mazhab al-Syafi’i yang terkenal pada zamannya.

Berdasarkan cetakan pertama (2020), terbitan Dar Tsamarat al-‘Ulum, Mesir - kitab Mu'nis al-Jalis ini telah diterbitkan dalam dua  jilid:  jilid 1: 618 halaman, manakala jilid 2: 527 halaman tidak termasuk halaman isi kandungannya.

Kitab ini boleh dimuat turun di pautan dibawah ini

Jilid 1| Jilid 2

1 Komentar

  1. Semangat terus min, website ini insyaalah banyak bermanfaat dunia akhirat bagi banyak orang...👍👍

    BalasHapus

Silahkan untuk memberikan komentar, dan berilah kami kritik, saran dan kesan.