Buku Mudahnya Ngaji Tajwid
Buku Mudahnya Ngaji Tajwid |
Sebenarnya, bukan mudah untuk menulis sebuah buku tajwid yang perbincangannya ditulis berdasarkan sudut pandang pembaca, bukan penulis.
Ini kerana, menurut perspektif saya selaku penulis yang telah bertahun belajar & mengajar tajwid, pasti saya mudah fahami semua perbahasan. Tetapi bagi pembaca yang ilmunya di tahap asas, buku saya mungkin dirasakan terlalu tinggi.
Mungkin ketika saya asyik membincangkan ’jargon’, teori & istilah arab tajwid, saya merasa puas kerana telah menghadirkan ’segalanya’ tetapi bagi pembaca, buku saya dianggap terlalu teknikal & berfalsafah.
Barangkali juga saya dianggap ’syok’ sendiri sahaja. Ini kerana anda inginkan tajwid praktikal, ilmu tajwid yang ’straight to the point’ sedangkan saya asyik bercerita teori tajwid melangit tinggi.
0 Response to "Buku Mudahnya Ngaji Tajwid"
Posting Komentar
Silahkan untuk memberikan komentar, dan berilah kami kritik, saran dan kesan.