Terjemahan Tafsir Fathul Qadir 7 - Imam Asy-Syaukani

Terjemahan Tafsir Fathul Qadir 7

Kitab ini memiliki judul lengkap Fathul Qadir, Al-Jami’ baina Fannai ar-Riwayah wa ad-Dirayah min ‘Ilmi at-Tafsir. Ditulis oleh Muhammad bin Ali asy-Syaukani yang dikenal dengan julukan Imam Asy-Syaukani. Kitab ini mencakup tafsir bil ma’tsur dan tafsir bi ar-Ra’yi sekaligus. Tafsir Fathul Qadir merupakan salah satu tafsir Alquran yang berisi ilmu yang banyak, tahqiqnya yang cermat, faedah-faedah ilmu yang banyak dan disarikan dari berbagai macam kitab tafsir dan lain-lain. 

Buku Ini adalah hasil terjemahan lengkap set kitab tafsir Fathul Qadir: Al-Jaami’ Baina Fanni ar-Riwaayah wa ad-Diraayah min ‘Ilm at-Tafsiir. Ia adalah sebuah Kitab Tafsir al-Qur’an yang ditulis oleh Imam Muhammad B. ‘Ali asy-Syaukani rahimahullah (Wafat: 1250H).

Beliau adalah seorang imam besar, mujtahid, berguru pula dengan ulama besar yang antaranya Imam Muhammad B. Ismail ash-Shan’ani rahimahullah. Imam asy-Syaukani merupakan Qadhi dan Hakim di negeri Yaman, mujaddid Islam, tegas memerangi syirik, bid’ah, dan golongan yang menyimpang. 

Beliau adalah seorang Ulama ahli hadis, ahli tafsir, sejarahwan, Seorang ahli sunnah, memiliki banyak karya tulis bernilai tinggi lagi bermanfaat untuk umat Islam. Dan di antaranya adalah kitab tafsir ini.

Beliau adalah pembela mazhab salaf di masanya. Walaupun pada mulanya beliau tumbuh membesar dalam kelompok mazhab Syi’ah Zaidiyah, tetapi berkah ketekunan dan semangat telahan beliau terhadap ilmu yang benar, akhirnya beliau kembali ke mazhab yang benar, iaitu mazhab ahli sunnah wal-jama’ah sebagaimana yang dipegang oleh generasi salafus soleh.

Setelah itu, beliau pun menulis kitabnya yang terkenal dengan judul as-Sail al-Jarrar al-Mutadaffiq ‘ala Hada’iq al-Azhar. Di dalam kitab tersebut Imam asy-Syaukani mengkritik seluruh pemikiran dan pendapat kelompok Syi’ah Zaidiyah, serta menelanjangi pelbagai pembohongan yang diada-adakan oleh kelompok Zaidiyah. Sekaligus menegakkan mazhab salaf ahli sunnah wal-jama’ah.

Daftar Isi Terjemahan Lengkap Kitab Tafsir Fathul Qadir – Jilid 7

Tafsir Surah Maryam, Tafsir Surah Thaahaa, Tafsir Surah Al Anbiyaa, Tafsir Surah Al Hajj, Tafsir Surah Al Mu'minuun, Tafsir Surah An-Nuur


DOWNLOAD

Itulah tulisan kami tentang ulasan dan review "Terjemahan Tafsir Fathul Qadir 7 - Imam Asy-Syaukani" semoga bermanfaat bagi para pembaca dan jika tulisan ini bermanfaat bagi orang lain silahkan untuk berbagi dengan men SHARE kepada orang lain dan jika ada lebih rezeki silahkan untuk berdonasi untuk perkembangan blog ini

0 Komentar

Silahkan untuk memberikan komentar, dan berilah kami kritik, saran dan kesan.