Terjemahan Misykatul Mashabih 6 Jilid Al Faara' Al Baghawi
Terjemahan Misykatul Mashabih |
Pengenalan al-Imam al-Baghawi
Beliau ialah Abu Muhammad al-Husayn bin Mas’ud bin Muhamad bin al-Farra’ al-Baghawi. Digelar sebagai Muhyissunnah atau orang yang menghidupkan sunnah kerana kesungguhannya di dalam mempertahankan sunnah Rasulullah SAW. Beliau dilahirkan pada 433H di satu kampung bernama ‘Bagh’ yang terletak di Khurasan. Oleh kerana itu, nama beliau dinisbahkan kepada kampung ini dan digelar sebagai al-Baghawi.
Baca Juga: Terjemahan Talkhishul Habir 6 Jilid Karya Al-Hafiz Ibnu Hajar
Ketika berumur 27 tahun, beliau bermusafir ke Marwu al-Ruzz Tempat ini terletak lebih kurang 5 hari perjalanan dari kampung asalnya untuk menuntut ilmu daripada syeikh-syeikh hadis di sana. Beliau merupakan seorang pelajar yang tekun di dalam menuntut ilmu. Berkata Imam al-Zahabi mengenai dirinya, “Beliau tidak akan belajar kecuali di dalam keadaan suci (berwudhuk)..” [ Muhamad bin Husayn al-Zahabi (t.t) Siyar a’lam al-Nubala’, j.19, hal 441 ].
0 Response to "Terjemahan Misykatul Mashabih 6 Jilid Al Faara' Al Baghawi "
Posting Komentar
Silahkan untuk memberikan komentar, dan berilah kami kritik, saran dan kesan.