-->

Terjemah Matan Sittin Masalah berserta Sanad Ijazah Kitab didalamnya

Terjemahan Sittin

Kitab al-Sittin Mas-alah (الستين مسألة) merupakan satu kitab fiqh mazhab Syafi’i yang ringkas, yang menghimpunkan enam puluh masalah agama yang perlu diketahui oleh umat Islam. Kitab ini merupakan hasil karya al-Imam al-‘Alim Abu al-‘Abbas Ahmad al-Zahid, seorang yang terkenal dengan kesalihannya dan banyak beribadat. Beliau wafat pada 14 Rabi’ul Awal tahun 819 hijrah.

Imam al-Syaikh Ahmad al-Ramli (957H), menyebutkan nama kitab ini sebagai “ al-Muqaddimah ” yang terkenal dengan “ al-Sittin Mas-alah ”. Beliau telah menyusun sebuah kitab yang menghuraikan matn al-Sittin Mas-alah ini.

Mengenal Kitab Matan Sittin Mas'alah

Sittin Masalah bermaksud 60 masalah. Dinamakan 60 masalah bukan kerana hanya terdapat 60 masalah sahaja di dalam ini, tetapi terdapat ratusan masalah jika dihuraikan. Pengarang menamakan kitabnya sebegini untuk memberikan maksud bahawa kitab ini sangat banyak permasalahan fiqh.

Kitab ini jika dilihat hanya memperbahaskan perkara dasar dalam mazhab Imam Syafie, ini kerana kitab ini ditulis agar menjadi permulaan bagi anak-anak dalam mempelajari fiqh.

Kitab ini hanya membahaskan toharah (bersuci), solat dan puasa, adapun zakat dan haji tidak dibahaskan kerana kebiasaan anak-anak tidak membayar zakat sendiri dan tidak mampu pergi melakukan haji.

Alhamdulillah dengan kurniaan Allah saya telah mengkhatamkan kitab ini sebanyak 3 kali, 1 kali bersama Syiekh Atiyyah Lasyin dan 2 kali bersama guru yang tercinta iaitu Syiekh Hisyam Al-kamil. Saya juga pernah mengajar kitab ini melebihi dari dua kali dan disebabkan itulah saya menulis ta’liq ringkas ini agar boleh menjadi rujukan mudah bagi memahami matan teks kitabnya. Kepada Allah saya memohon agar menjadikan kitab ini bermanfaat buat umum manusia. Amin ya Robbal alamin.

Biodata Penulis Kitab Sittin Masalah

Beliau ialah Al-Faqih Al-Imam Ahmad bin Muhammad bin Sulaiman. Digelar sebagai “Syihab al-Din” dan “Abu Al-Abbas”. Beliau berasal dari Kaherah, Mesir. Beliau dikenali sebagai “AzZahid” yakni orang yang zuhud. Beliau merupakan seorang yang bermazhab Syafi’e.

Beliau sangat suka membangunkan serta membaik pulih masjid-masjid lama. Beliau juga telah membina sebuah masjid untuk majlis ilmu dan sebagai pusat khidmat masyarakat
terutamanya para wanita.

Beliau telah menulis pelbagai kitab untuk para muridnya serta
para masyarakat. Antara kitab beliau yang masyhur:

رسالة النور .1
٘هداية المتعلم وعمدة المعلم .2
تحفة المبتدي ولمعة المنتهي .3
ِمتن الستين مسألة .4

Beliau wafat pada tahun 819 Hijrah. Semoga Allah merahmati
serta redha keatas beliau.


DOWNLOAD

Itulah tulisan kami tentang ulasan dan review "Terjemah Matan Sittin Masalah berserta Sanad Ijazah Kitab didalamnya" semoga bermanfaat bagi para pembaca dan jika tulisan ini bermanfaat bagi orang lain silahkan untuk berbagi dengan men SHARE kepada orang lain dan jika ada lebih rezeki silahkan untuk BERDONASI untuk perkembangan blog ini
Print Friendly and PDF

0 Response to "Terjemah Matan Sittin Masalah berserta Sanad Ijazah Kitab didalamnya"

Posting Komentar

Silahkan untuk memberikan komentar, dan berilah kami kritik, saran dan kesan.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel