Ayat Mubarakah Pelindung Kejahatan Jin dan Manusia
Ayat Mubarakah |
Para Masyaikh dan ‘Alim ‘Ulama telah menukilkan himpunan Ayat-Ayat Mubarak sepertimana yang telah dikhabarkan dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Himpunan ayatayat Mubarakah ini amat berkesan untuk menghindarkan segala ketakutan dan kerisauan kita terhadap gangguan Iblis dan Syaitan serta kejahatan-kejahatan manusia. Keampuhan pembacaan ayat-ayat ini untuk menolak segala bentuk kejahatan memang telah terbukti bagi orang-orang yang telah mengamalkannya iaitu di kalangan Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum dan Para Masyaikh Rahimahumullah sehinggalah ke hari ini.
Cara Mengamalkan Ayat Al-Mubarakah
Seseorang yang ingin mengamalkan pembacaan Ayat-Ayat Mubarakah ini sebaikbaiknya hendaklah dalam keadaan suci dari sebarang hadas kecil mahupun besar dan waktu yang sebaik-baiknya untuk membaca Ayat Mubarakah ini adalah sesudah Solah Subuh dan Solah ‘Maghrib sepertimana amalan sebilangan besar Para Masyaikh. Membacanya dengan nada suara yang rendah tanpa perlu mengangkatkan suara
Daku hamba yang dhaif ini berharap dapatlah setiap ummat Islam juga menjadikan pembacaan ayat-ayat Al-Quran yang diberkati ini setiap hari dalam kehidupan mereka, di waktu pagi mahupun petang atau pada waktu siang mahupun malam. Daku mengharapkan Rahmat dan keampunan dari Allah agar Dia menerima usahaku yang sedikit ini sebagai asbab Hidayat untuk seluruh Ummat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan sebagai amal jariah bagiku di kehidupan Akhirat.. Semoga Allah memberikan kita Taufiq dan Hidayah; Amin
0 Response to "Ayat Mubarakah Pelindung Kejahatan Jin dan Manusia"
Posting Komentar
Silahkan untuk memberikan komentar, dan berilah kami kritik, saran dan kesan.