-->

Terjemahan An-Nafahat Ar-Robaniyyah fi Al-Aurodi Al-Madaniyah

An-Nafahat Ar-Robaniyah

Inilah kitab (النفحات الربانية فى الاوراد المدنية) An-Nafahat Ar-Robaniyyah fi Al-Aurodi Al-Madaniyah Ertinya: “Hembusan Rahmat Ketuhanan, Pada Menyatakan Wirid-Wirid Ahli Al-Madaniyah”. Di dalam kitab-kitab karangan para ulama ahli sunnah wal jamaah, khususnya para ulama Syafiah, terdapat pelbagai wirid yang maksurah, yang diatur menurut susunan yang berbeza-beza, ada yang ringkas, ada yang panjang. Kesemuanya adalah muktabar dan boleh diamal, akan tetapi yang kita peturunkan di dalam kitab ini ialah wirid-wirid yang telah lazim diamal oleh kebanyakan kaum muslimin di Tanah Jawi kita sejak zaman berzaman, untuk memelihara keseragaman dan memberi kemudahan bagi orang-orang awam. Wirid-wirid ini boleh diamal dengan tiada ijazah daripada masyeikh dan insyaAllah, apabila berpengkal tolak dari  عقائد yang sahih atas pegangan ahli al-hak, iaitu ahli sunnah wal jamaah, dibaca dengan betul tajwidnya dan diamal dengan niat yang ikhlas, semata-mata kerana mengharapkan wajah Allah Ta’ala – bukan kerana hendak kebal, atau hendak memagar tubuh atau hendakkan khadam atau hendak bersilat dan lain-lain tujuan keduniaan – ia tiada akan menghasilkan kehadiran roh-roh yang cemar atau roh-roh daripada alam yang rendah atau apa-apa perdayaan rohaniah, dan tiada akan mendatangkan apa-apa bahaya atau malapetaka dari segi rohaniah dan jasmaniah. Ia adalah wirid-wirid yang muktabar, yang ada nas-nas atau sandaran-sandaran yang sahih, dipenuhi berkat dan semerbak harum roh junjungan Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi wa Sallam.

Kitab An-Nafahat Ar-Robaniyyah fi Al-Aurodi Al-Madaniyah

Tujuan kitab ini disusun ialah untuk memenuhi permintaan beberapa orang saudara yang hendak mempelajari bacaan-bacaan selepas sembahyang fardu. Maka al-fakir yang serba daif ini telah menyahut permintaan ini, meskipun sungguh terasa ia bahawa dirinya bukanlah ahli di dalam pekerjaan ini. Maka memohon ia pertolongan dari Allah ‘Azza wa Jalla serta beriktimad atas-Nya. Mudah-mudahan ولاحول ولا قوة الا باالله العلي العظيم tiadalah sia-sia kiranya masa dan tenaga yang dicurahkan buat mengarang kitab ini. Semoga Allah Ta’ala akan memaaf dan mengampuni kelalaian al-fakir dan kecacatannya dan mengasihani akan dia di negeri dunia dan akhirat, amin.

Wirid-wirid ini telah disertai dengan terjemahannya, diberi pengenalan ringkas dan dicatatkan syarahnya sekadar terdaya, agar dapat disusur kembali kepada sumber-sumbernya. Dikenal fadilat-fadilatnya dan khasiat-khasiatnya.

Mereka yang berminat untuk mempelajari wirid sahaja dan tiada berkelapangan untuk menatap pengenalan serta syarahnya, bolehlah menumpukan perhatian kepada wirid sahaja.

Ada dua rangkaian aurad yang terdapat di dalam kitab ini, suatu yang pendek, yang untuk pengenalan maka diberi nama  الاوراد  المدنية atau الاوراد القشاشيةdan suatu lagi yang agak panjang, yang berasaskan .الاوراد المدنية Mudah-mudahan aurad yang muktabar yang tersebut di dalam kitab ini dapat kiranya memberi manfaat bagi kaum muslimin dan muslimat di dalam usaha-usaha mengabdikan diri ke hadrat Allah Rabbil’alamin dan mendatangkan berkat yang berkekalan kepada kita semua di dunia dan akhirat dan menyakin kita daripada bergantung atau beramal dengan wirid-wirid yang dijaja dan diijazahkan oleh syeikh-syeikh palsu atau khalifah-khalifah mereka atau dajal-dajal seumpama mereka yang banyak terdapat memasang perangkap dan mencari pengaruh pada akhir zaman ini, yang mana ada di antara mereka itu yang mendakwa bahawa kononnya tarekat mereka ialah “khatam dari segala tarekat” ( خاتم !)الطرق

Penulis ini memohon sekali lagi berbanyak maaf dan ampun kepada Allah Ta’ala atas setiap taksir dan dosa-dosanya dan setiap yang terbetik di dalam hatinya sewaktu menyusun Kitab ini dan memohon sudilah kiranya Rabb Ta’ala menerima persembahan kecil yang tiada sepertinya ini sebagai petaruhan untuk hari ma’ad, bagi melihat wajah-Nya Yang Maha Mulia.


DOWNLOAD

Itulah tulisan kami tentang ulasan dan review "Terjemahan An-Nafahat Ar-Robaniyyah fi Al-Aurodi Al-Madaniyah" semoga bermanfaat bagi para pembaca dan jika tulisan ini bermanfaat bagi orang lain silahkan untuk berbagi dengan men SHARE kepada orang lain dan jika ada lebih rezeki silahkan untuk BERDONASI untuk perkembangan blog ini
Print Friendly and PDF

0 Response to "Terjemahan An-Nafahat Ar-Robaniyyah fi Al-Aurodi Al-Madaniyah"

Posting Komentar

Silahkan untuk memberikan komentar, dan berilah kami kritik, saran dan kesan.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel