Terjemah Qalbun Salim Syarah Penawar Bagi Hati
Jumat, Desember 15
2 Comments
Qolbun Salim |
Qalbun Salim syarah Penawar Bagi Hati Adaptasi daripada kitab asal karya Syaikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib al-Mandili
Buku ini menerangkan cara-cara untuk menyucikan hati daripada sifat-sifat mazmumah (takhalli) dan seterusnya menunjukan jalan menghiasinya dengan sifat-sifat mahmudah (Tahalli)
Memiliki hati yang baik dan sejahtera bermula daripada menjaga anggota-anggota zahir iaitu mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan serta kaki dan menggunakanya pada perkara-perkara kebaikan. Seterusnya mendidik hati agar menjauhi sifat-sifat mazmumah seperti suka makan, banyak bercakap, kedekut serta sombong dan mengamalkan sifat-sifat mahmudah seperti zuhud, sabar, syukur, ikhlas, tawakkal, serta redha.
Setiap sifat dibincangkan dengan jelas: puncabya, kebaikan dan keburukannya, tahap atau peringkatnya, serta cara menghilangkan sifat mazmumah dan merenapkan sifat mahmudah. Turut diselitkan amalan-amalan untuk memperoleh sifat-sifat mahmudah dan kisah-kisah berhikmah para salafus soleh.
Kitab Penawar Bagi Hati adalah kitab yang sangat berkat. Tidak sedikit orang yang membaca, mentelaah, mengajar dan mengambil manfaat daripadanya menjadi orang yang baik (Soleh), malah mengislahkan orang lain. Ia juga menjadi rujukan utama kepada penulis-penulis buku tasawuf sekarang ini.
Walaupun kitab Penawar Bagi Hati adalah sebuah kitab tasawuf yang ringkas, ia sangat sistematik dalam membicarakan perkara-perkara asas yang berkaitan dengan tasawuf dan cara menyucikan (takhliyyah) dan menghiaskan hati (tahliyyah). Ia sangat sesuai untuk orang yang baru belajar (mubtadi'in) mengenali ilmu tasawuf dan ingin menyucikan hati serta menghiasinya seperti Al-Faqir ini.
Kitab Penawar Bagi Hati menjelaskan apakah erti Ilmu tasawuf dan mabadi'nya, cara membersihkan dan menjaga diri daripada maksiat dan dosa dengan 7 anggota zahir terlebih dahulu, kemudian membersihkan dan menyucikan batin selepasnya.
Para ahli tasawuf mengatakan, apa yang dituntut (mathlub / مطلوب ) kepada hamba melaksanakannya dalam perjalanan hatinya kepada Allah adalah (i) mengkosongkan hati daripada sifat-sifat mazmumah (takhliyyah/ تخلية ) dan seterusnya (ii) menghiasinya dengan sifat-sifat mahmudah (tahliyyah / تحلية ). Adapun pahala, ganjaran, kasysyaf, firasat, wijdan, irfan, syurga dan keredhaan, semuanya adalah urusan Allah sebagai kuriaan (mauhub / موهوب ) kepada hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan bersungguh-sungguh menyempurnakan takhliyyah dan tahliyyahnya.
ترجمة كتاب قلب سليم
DOWNLOAD
Itulah tulisan kami tentang ulasan dan review "Terjemah Qalbun Salim Syarah Penawar Bagi Hati" semoga bermanfaat bagi para pembaca dan jika tulisan ini bermanfaat bagi orang lain silahkan untuk berbagi dengan men SHARE kepada orang lain dan jika ada lebih rezeki silahkan untuk berdonasi untuk perkembangan blog ini
Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.
BalasHapusالسلام عليكم و.و
BalasHapusMaaf , mau minta info nya, di mana saya bisa mendapatkan kitab asli qolbun salim 🙏🙏
Saya cari-cari di online gak nemu.