Terjemah Matan Ummu al-Barahin dan Pengenalan Ahli Sunnah dan Jamaah
Terjemah Matan Ummu al-Barahin |
Kitab ini merupakan terjemahan bagi matan akidah Ahli Sunnah dan Jama’ah yang sangat terkenal iaitu Matan Ummu al-Barāhīn atau al-ʿAqīdah al-Sughrā oleh al-Imām Muḥammad bin Yūsuf al-Sanūsi (w.895H). Matan ini telah tersebar luas dari bumi Maghribi ke seluruh negara Islam sehingga ke hari ini. Bahkan, matan ini mempunyai pengaruh yang sangat besar ke atas pengajian dan penulisan ilmu akidah ASWJ di dalam dunia melayu dan nusantara.
Kitab-kitab Imam al-Sanūsī adalah penulisan paling sistematik dan tersusun bagi disiplin ilmu akidah dan kitab-kitab Imam al-Ghazālī pula adalah penulisan paling sistematik dan tersusun bagi disiplin ilmu tasawwuf. Membina asas pengajian akidah dan tasawuf melalui kedua-dua tokoh ini memberikan dasar yang kukuh dan selamat bagi seorang penuntut ilmu untuk meneroka perbahasan yang lebih lanjut
Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memanfaatkan karya terjemahan ini sepertimana matan asalnya agar akidah Ahli Sunnah dan Jama’ah terus subur dan menjadi teras pegangan umat Islam seluruh dunia. Sesungguhny Rasulullah Shollallahu Alaihi Wa Sallam telah menjanjikan bahawa umat Baginda ini tidak akan sekali-kali bersepakat di dalam kesesatan.
Izin download kitab ummul barahin
BalasHapus